Wednesday, October 8, 2008

Jemputan Liqa 'Ailidfitri

Assalamualaikum w.b.t..

Kepada semua Ahli PMIUSMKKj.. Anda dijemput untuk menghadiri Liqa 'Aidilfitri yang akan dianjurkan oleh PMIUSMKKJ.. Tujuan Liqa 'Aidilfitri ini,

  • mengeratkan ukhuwah silaturrahim sesama Ahli Persatuan khususnya pelajar tahun satu.
  • memupuk perasaan kasih sayang dan persaudaraan sesama muslim.
  • memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akedamik.
Maklumat Liqa' Aidilfitri,

Tarikh : 11.10.2008
Hari : Sabtu
Masa   : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Foyer Pusat Islam

Tentatif Liqa' Aidilfitri,

ATURCARA MAJLIS


9.00 AM : Kehadiran tetamu dan ahli PMI

9.15 AM : Bacaan doa

9.30 AM : Ucapan penasihat PMIUSMKKj

9.40 AM : Ucapan Presiden PMIUSMKKj

9.50 AM : Ceramah motivasi:’aku mahasiswa cemerlang’

11.00 AM : Penyampaian cenderahati kepada penceramah

11.05 AM : Penyampain anugerah dekan kepada ahli


11.25 AM : Tayangan multimedia

11.35 AM : Gabungan kumpulan akrab
(menjalankan aktiviti tertentu bersama)
12.35 AM : jamuan raya

1.00 PM : Solat Zohor dan Majlis bersurai

.


Sebagai Akhirnya, semoga semua Ahli PMIUSMKKj dapat menjayakan Liqa Aidilfitri yang akan diadakan ini.. Sukacitanya, sekiranya sesiapa yang ingin menyumbangkan kuih raya.. Bolehlah dibawa ketika hari kejadian.. InsyAllah..

Sekian, terima kasih..


Pendahaluan..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Assalamualaikum w.b.t..

Segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan keizinan dan inayahnya dapat Exco Tarbiyah dan Kepimpinan USMKKj merealisasikan kewujudan satu laman blog.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Saidina Muhammad Ibnu Abdullah s.a.w.. Hadirnya insan mulia ke alam ini telah mengetuk dan membuka dinding yang menghijab hati-hati manusia sekian lamanya.. Baginda s.a.w adalah manusia yang telah berjaya mengubah kegelapan jahiliah itu dengan sinaran cahaya kebenaran yang hakiki..

Objektif utama blog ini adalah untuk memberikan info-info terbaru yang bakal dianjurkan dan dilaksakan oleh Exco Tarbiyah dan Kepimpinan.. Selain itu, ianya juga dapat dijadikan pentas perkongsian ilmu yang dapat dimanfaatkan..

Sebagai akhirnya, Exco Tarbiyah dan Kepimpinan USMKKj mengharapkan Laman Blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua manusia di alam ini.. Khususnya Warga Kampus Kejuruteraan USM..

Sekian, Terima Kasih..

Wassalam..

PMIUSMKKj

“Pentarbiyahan dan Profesionalisme Pemacu Kecemerlangan.”